~@...@~

~@...@~
$3cre+

Monday, 19 September 2011

18092011- JAMUAN MAJLIS HARI RAYA

Assalamualaikum......

Selamat pagi, salam satu Malaysia....... hari ini aku nak bercerita mengenai jamuan hari raya yang diadakan di perkarangan dataran Jeli. Jamuan hari raya ini disambut dengan meriah sekali oleh semua warga jeli dan juga terima kasih kepada semua yang terlibat kerana memberikan komitmen yang sungguh baik. sambunganya selepas ini...............:|

Thursday, 15 September 2011

~KaRniVAL Rakyat di perkarangan MRSM Jeli~ 15/9-17/9/2011~

assalamualaikum....

sekarang aku berada di perkarangan Karnival Rakyat anjuran Jabatan Pembangunan Persatuan (JPP) btul kot hehe sebab program ni dianjurkan oleh Dato' Mustapha. Aku mewakili Pej.Majlis Daerah Jeli bagi booth kami. sekarang nie kes bowink s sempat la aku taip blog ni hehe... nnt gambar akan diupload kemudian. Hari pertama takde ramai sangat orang. aku pown sempat round2x kejap jew. Cerita ini akan bersambung kemudian... sebab ada 2hari lagi kan... huhu...

Wednesday, 14 September 2011

~10092011~selamat pengantin Baru Laila comot ^Adha Busuk

 Selamat Pengantin Baru Laila Comot ^ Adha Busuk...
 Indah tersegam pasangan pengantin bahagia di atas pelamin serba biru.. Tema : Torquise + Putih sebersih cinta mereka...
 antara Best Fren Forever yang turut hadir memeriahkan suasana.. yg hujung my sis sesat sorang hehe... sambil menunggu sorang lagi sebab tersekat dek trafic jam..
Raja sehari menjamu selera dengan penuh berselera. Menu pengantin yang tentukan hihi..:)
 eh pengantin pompuan ni terkejut kew.. hehe.. pengantin lelaki asyik memilih lauk apa yang hendak dimakan hihi.. jangan marah ek.:)
sama cantik sama padan ... semoga kekal hingga anak cucu.. sowi my bff tak dapat nak pi time belah lelaki di sebabkan faktor cuaca yang tidak mengizinkan.. but i be waiting 4 your new photo....
walaupun kepenatan dihari bahagia tetap tersenyum indah....:)

Sedikit coretan buat Raja sehari laila comot ^ adha busuk... selamat pengantin baru diucapkan buat anda berdua semoga kekal hingga anak cucu.. sowi gambar akad nikah tak sempat nak upload sebab tak dapat sangat nak amik.. tapi aku tumpang gembira dengan perkahwinan mereka. segala-galanya telah selesai dengan baiknya. dan kegembiraan terpancar di kedua-dua wajah teman ku ini.. walaupun berat hati untuk mengakui bahawa laila comot telah bertukar status tetapi aku harus akui bahawasanya inilah kehidupan. but i'm very2x happy 4 ur new life. semoga berbahagia. my beloved fren. ada sambungan..... tunggu......:)









lama sudah tidak menjenguk




assalamualaikum......


lama sudah aku tidak menjenguk blog nie.. sampai dh sambut raya pown aku tk terlintas nak tulis blog sebab aku dah lama tk bukak tenet. ada broadband pown aku dah malas sebab banyak sangat benda nak kena buat. setelah sebulan berpuasa memang malas sangat nak keje then tambah aku demam plak 1st puasa lepas tu pendek kan cerita la aku puasa pun dekat jajahan Jeli jugak sebab keje kan. so jarang2x la berbuka dekat rumah. Cuti raya pun aku tak amik sebab kerajaan dah bagi cuti yang banyak hehe... lepas tu dapat bonus lagi separuh gaji memang raya sakan la sampai lepas raya jadi papa sekejap hahaha... sebab banyak sangat benda yang terbeli. Dan dipendekkan lagi cerita aku ini time raya plak aku demam.. lepas tu memang tkde mood la nak pi beraya umah member2x sampai ..... pown aku tak sempat nak jumpa dah la dia tak amik cuti jugak.. Sedih betul... :(.. Tapi papepun raya tahun ni yang paling biasa sebab member-member dah tak dapat datang beraya rumah aku sebab semua yang mai beraya dulu dah ada tanggungjawab masing-masing. Jadi time aku pulak la yang beraya kat rumah diaorang kan. :)). nanti la aku nak upload picca-picca time raya sebab guna kamera Dslr nikon 5100 yang baru dibeli oleh adik aku yang fanatik sangat dengan kamera tu. sampai semua sudut pun nak diambil. :)