~@...@~

~@...@~
$3cre+

Monday, 19 September 2011

18092011- JAMUAN MAJLIS HARI RAYA

Assalamualaikum......

Selamat pagi, salam satu Malaysia....... hari ini aku nak bercerita mengenai jamuan hari raya yang diadakan di perkarangan dataran Jeli. Jamuan hari raya ini disambut dengan meriah sekali oleh semua warga jeli dan juga terima kasih kepada semua yang terlibat kerana memberikan komitmen yang sungguh baik. sambunganya selepas ini...............:|

Thursday, 15 September 2011

~KaRniVAL Rakyat di perkarangan MRSM Jeli~ 15/9-17/9/2011~

assalamualaikum....

sekarang aku berada di perkarangan Karnival Rakyat anjuran Jabatan Pembangunan Persatuan (JPP) btul kot hehe sebab program ni dianjurkan oleh Dato' Mustapha. Aku mewakili Pej.Majlis Daerah Jeli bagi booth kami. sekarang nie kes bowink s sempat la aku taip blog ni hehe... nnt gambar akan diupload kemudian. Hari pertama takde ramai sangat orang. aku pown sempat round2x kejap jew. Cerita ini akan bersambung kemudian... sebab ada 2hari lagi kan... huhu...

Wednesday, 14 September 2011

~10092011~selamat pengantin Baru Laila comot ^Adha Busuk

 Selamat Pengantin Baru Laila Comot ^ Adha Busuk...
 Indah tersegam pasangan pengantin bahagia di atas pelamin serba biru.. Tema : Torquise + Putih sebersih cinta mereka...
 antara Best Fren Forever yang turut hadir memeriahkan suasana.. yg hujung my sis sesat sorang hehe... sambil menunggu sorang lagi sebab tersekat dek trafic jam..
Raja sehari menjamu selera dengan penuh berselera. Menu pengantin yang tentukan hihi..:)
 eh pengantin pompuan ni terkejut kew.. hehe.. pengantin lelaki asyik memilih lauk apa yang hendak dimakan hihi.. jangan marah ek.:)
sama cantik sama padan ... semoga kekal hingga anak cucu.. sowi my bff tak dapat nak pi time belah lelaki di sebabkan faktor cuaca yang tidak mengizinkan.. but i be waiting 4 your new photo....
walaupun kepenatan dihari bahagia tetap tersenyum indah....:)

Sedikit coretan buat Raja sehari laila comot ^ adha busuk... selamat pengantin baru diucapkan buat anda berdua semoga kekal hingga anak cucu.. sowi gambar akad nikah tak sempat nak upload sebab tak dapat sangat nak amik.. tapi aku tumpang gembira dengan perkahwinan mereka. segala-galanya telah selesai dengan baiknya. dan kegembiraan terpancar di kedua-dua wajah teman ku ini.. walaupun berat hati untuk mengakui bahawa laila comot telah bertukar status tetapi aku harus akui bahawasanya inilah kehidupan. but i'm very2x happy 4 ur new life. semoga berbahagia. my beloved fren. ada sambungan..... tunggu......:)









lama sudah tidak menjenguk




assalamualaikum......


lama sudah aku tidak menjenguk blog nie.. sampai dh sambut raya pown aku tk terlintas nak tulis blog sebab aku dah lama tk bukak tenet. ada broadband pown aku dah malas sebab banyak sangat benda nak kena buat. setelah sebulan berpuasa memang malas sangat nak keje then tambah aku demam plak 1st puasa lepas tu pendek kan cerita la aku puasa pun dekat jajahan Jeli jugak sebab keje kan. so jarang2x la berbuka dekat rumah. Cuti raya pun aku tak amik sebab kerajaan dah bagi cuti yang banyak hehe... lepas tu dapat bonus lagi separuh gaji memang raya sakan la sampai lepas raya jadi papa sekejap hahaha... sebab banyak sangat benda yang terbeli. Dan dipendekkan lagi cerita aku ini time raya plak aku demam.. lepas tu memang tkde mood la nak pi beraya umah member2x sampai ..... pown aku tak sempat nak jumpa dah la dia tak amik cuti jugak.. Sedih betul... :(.. Tapi papepun raya tahun ni yang paling biasa sebab member-member dah tak dapat datang beraya rumah aku sebab semua yang mai beraya dulu dah ada tanggungjawab masing-masing. Jadi time aku pulak la yang beraya kat rumah diaorang kan. :)). nanti la aku nak upload picca-picca time raya sebab guna kamera Dslr nikon 5100 yang baru dibeli oleh adik aku yang fanatik sangat dengan kamera tu. sampai semua sudut pun nak diambil. :)

Tuesday, 26 July 2011

keja-keja-keja-keja

ha sambung pasal citer keje nie memang aku hangin satu badan. memang skunk nie tengah berapi-api. Pohon kemaafan dari manusia yang ingin aku story nie bukan mengutuk tapi hakikat manusia nie bila rasa diri die ada duit banyak mesti ego tu tinggi la dan ingat orang lain semua ni ibarat tikus yang mengayap la.. eh betul ke tak haha lantak la.. sekarang ni memang aku tengah tension giler sampai hari ni memang aku takde mood nak buat kerja.. lantak la orang nak cakap apa pown.. tapi bila pikr balik buat apa nak marah2x sampai kerja tak buat kan.. that was stupid idea la kan. so lepas nie buat la kerja sikit2x.

sambung cite skit nak di jadikan cerita la PAP@pembantu am pejabat tugas-tugas memfotokopikan apa-apa surat, minit mesyuarat dan sebagainya yang disuruh oleh pegawai..... tapi ni tidak pegawai kena marah dekat PAP.. eee geram rasa... aku bukan nak membandingkan pasal jawatan atau nak bandgkn taraf tapi bila bos dah bagi arahan buat jew la ni tidak mempertikaikan hak kerajaan macam la nk photosat tu guna duit die.. bodoh tak skolah benci tauuuuuuu.... tapi aku lawan gak sbb aku bos kan hahah kan aku jadi bossy baru padan muka sume.. yang paling aku sakit hati habis satu opis tau gara-gara mulut busuk die tu.. dah la pengotor, buat kerja malas, makan gaji buta memang biol btul la. takpe la aku sekadar nak luah dalam nie jew sebab memang aku tak bleh nak maafkan orang macm tu menjatuhkan maruah aku sebagai bos depan staff aku. tkpe la biasa orang yang kena tindas doa die dimakbulkan aku harap2x suatu hari nanti akan ada balasan buat aku malu mcm nie.. and stat from today aku takkan mengalah... aku akan menjadi seorang bos yang tegas. mintak2x Allah s.w.t kuatkan semangat aku tuk kuatkan diri dalam kerjaya aku ni..

FAcial Treatment...

assalamualaikum semua....
berjumpa lagi kita hari ni hehehe macam buat siaran langsung pulak huhu... tapi hari ini memang aku nak update blog skit sebab memang takde MOOD nak keje.... hehe nanti aku update la pulak citer pasal keje ni.. skunk nak citer pasal facial treatment... apa-apa pun kecantikan kene jaga walaupun aku rasa muka aku dah teruk skit sebab dengan tension lagi, dengan panas lagi, lepas tu tersalah produk pulak..

Aku pergi salun kecantikan semalam pada 25 Julai 2011 jam 12.30 ptg. nak kata spa ye la kot sebab spa nie menggunakan produk kecantikan luar dan dalam Azimuth produk.Kira kali pertama aku pergi buat facial nie bukan terpengaruh dengan rakan sebaya tapi atas kehendak sendiri. hehe tapi aku memang aku la sebab lepas buat facial dah muka aku dah tak guna produk pape so sj mulut nie nak bertanya hambik ko siap kene promote pkai satu set. tapi aku kuatkan semangat just nak try pkai pencuci muka then sunblock sebab muka aku nie secara automatik bila kene matahari mesti kulit jadi kusam dan gelap. hehe.. ala-ala orang omputih plak ek.. hihi... tapi the conclusion for tis story adalah nak bagitau pergi facial ni best sesangat sebab bleh relexkan muke kite then kepala pown same free jew rasa.. rasa macam dah panjang sangat aku tulis nie nanti boring plak orang nak baca kan so kepada sume kaum wanita even lelaki pergi la jenguk2x kat spa sekali sebulan pown sebab tak rugi kalau kita merehatkan badan n mind kite dekat tempat2x mcm tu.. walpn mahal tapi berbaloi-baloi...

Thursday, 21 July 2011

Balik Kampung@balik Mingguan (Weekend)

khamis 21 Julai 2011.......

ahhh... lega khamis dah sampai jugak.. hehe almaklum la saya nie tersangat suka kalau hari khamis. Nak tahu kenapa.. sebab boleh pulang kerumah jumpa dengan keluarga, kawan-kawan terdekat even jarang jumpe ppown.. tapi takpe la tulis jew la...hahah saya tulis ni mcm keje jauh kan tapi memang jauh pown hujung tanduk tapi dekat di hulu... sekarang ni jam menunjukkan waktu 6.07pm. so mesti lah dah dekat umah kan.. heheh.. saya keje di daerah lain tinggal di daerah lain tu pasal jauh sebab mengambil masa sejam setengah tuk sampai kat rumah ni... nak balik hari-hari pergi kerja tak dapat la nak buat sebab nak save budget skunk kan harga minyak pown naik, barang2x pown naik so better rent jew la umah duk rmai2x ngan kawn2x tkde la membazir sangt kan.. hari ni habis kerja 3.30pm so balik awl la kan.. dari tempat kerja saya dah nekad dan niat hati taknak bawak laju2x.. tapi kadang2x laju jugak sebab slow sangat tak mampu dah mata nie nak tahan asyik mengantuk dan menguap jew.. so saya pown bawak la laju tapi takde la laju sangat sebab 100km/j jew.. huhuhu.... di pendekkan cerita sampai laluan rantau panjang ke pasir mas emm mcm mn nak bagitau ek.. takpe la paham2x  jew la ek direction saya bagi nie sebab nak traslit bahasa surat susah pulak. Asyik tengah syok memandu nie tetiba jew ternampak kereta xcident depan saya tapi dalam jarak 1km sebelah jalan nasib baik. Tapi yang saya heran 3 biji kereta nie, yang depan proton wira merah nak masuk simpang kiri, yang belakang proton wira jugak warna putih rapat turut dari belakang tapi memang slow la then last skali proton iswara hitam..Si proton wira merah nie dah tau nak masuk simpang bagi la signal awal-awal and masuk la simpang tu jangan bawak slow giler la, lepas jew proton wira tu masuk simpang kete yang last skali mungkin tak sempat nak brek dushhhh.. langgar kete proton wira putih tu tapi yang dapat penyakitnya kereta last la habis bumper depan die... lepas tu si kete merah nie masuk simpang terus jew cabut lahabow btul kete tu,, nasib baik bukan kete saya yang kena kalau tak memang siap la kete merah tu... lepas saya tengok tu saya slow skit la kete then saya tak berhenti pown sebab tak tahu mcm mn nak cakp sebab tetiba jew bulu roma ku meremang hahahah... mungkin terkejut kot sebab masa bawak tu tengah mata mengatuk hehe.. nasib baik gak lepas tu bawak kete pown kira berhati-hati la.. hahha... Tapi secara lebih ringkasnya saya just nak bagitau xcident tadi takde la teruk pown sebab kete yang last skali langgar pown memang bawak slow giler... tapi yang lucunya bumper depan tu habis tercabut... sampai umah pikir memang kete malaysia nie mcm tin biskut kew atau pmpuan yang bawak kete tadi memang budget tak langgar kete depan ingat lepas la konon... tapi hampeh hehe... pikir-pikir balik rugi plak tak berhenti tuk amik gmbr hahha....end of story....